Hukum Jualbeli Zam Zam

  • Hukum berjualbeli air zam zam adalah harus. Tiada nas-nas atau dalil-dalil yang khusus mengharamkannya. Penghantaran dari Mekah,Saudi Arabia, pembotolan semula, pengangkutan dan kos-kos yang lain adalah antara kos-kos yang perlu dibayar untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menikmati air zam zam tanpa perlu pergi ke mekah, Saudi Arabia.

        Antara yang telah memfatwakan keharusan berjualbeli air zam zam adalah Mufti Negara Brunei Darussalam.  

        Fatwa Jabatan Mufti Negara Brunei 1994:

  • Adalah harus memindahkan Air Zamzam dari Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar dari Makkah. Air Zamzam ini banyak mempunyai kelebihan sebgaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis, kerana itu orang-orang Islam mengambil manfaat daripada kelebihan Air Zamzam itu.
  • Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mengenai hukum jual beli Air Zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah :

          اَلأَصْلُ فِى الأَشْيَاءِ الِإبَاحَةُ , حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

            Ertinya : “ Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara’ yang mengharamkannya.”
            Maka berdasarkan kaedah ini, harus Air Zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.

  • Syekh Ibnu Baz mengatakan, 'Tidaklah mengapa memperdagangkan air zamzam atau pun memindahnya dari Mekkah.' (Majmu' Fatawa Ibnu Baz, 16:138)"

        Diterjemahkan dari https://islamqa.com/ar/ref/150559

        Artikel www.PengusahaMuslim.com

        https://pengusahamuslim.com/bolehkah-bisnis-air-zamzam#.U0jYDaiSy3g

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 – 12 April 2007 telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walaubagaimanapun pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.  Sumbere-fatwa.gov.my

Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah memperhalusi dalam perkara di atas didapati bahawa tidak ada larangan atau tegahan dari syarak mengenai penjualan air zam zam. Oleh yang demikian Jawatankuasa Negeri Terengganu berpendapat tiada halangan bagi sesiapa yang memilikinya untuk menjualnya.

Tarikh Keputusan: 
 26 Jul, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
Apakah hukum menjual dan membeli air zam zam al-Mubarak
Keputusan: 
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah memperhalusi dalam perkara di atas didapati bahawa tidak ada larangan atau tegahan dari syarak mengenai penjualan air zam zam. Oleh yang demikian Jawatankuasa Negeri Terengganu berpendapat tiada halangan bagi sesiapa yang memilikinya untuk menjualnya.

 

Hukum berjual beli air zam zam adalah harus. Tiada nas-nas atau dalil-dalil yang khusus mengharamkannya. Penghantaran dari Mekah,Saudi Arabia, pembotolan semula, pengangkutan dan kos-kos yang lain adalah antara kos-kos yang perlu dibayar untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menikmati air zam zam tanpa perlu pergi ke mekah, Saudi Arabia.

https://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-menjual-dan-membeli-air-zam-zam-al-mubarak-0

Sedangkan hukum menjual air zamzam hukumnya boleh, bukan semata-mata menjual airnya, tapi sebagai ganti ongkos pengangkutannya atau pengemasannya. Bahkan kalangan Al-Hanafiyah, Al-Malikiyah dan Asy-Syafi'iyah mengatakan bahwa disukai bila seseorang mendapatkan pemasukan dari mengantarkan atau membawa air zamzam ke tempat yang jauh untuk dimanfaatkan oleh orang-orang, baik untuk keberkahan atau untuk menyembuhan.

Sumber:-

  1. https://zamzam-water.blogspot.com/2012/03/seputar-air-zamzam.html
  2. https://www.syariahonline.com/v2/masalah-umum/2364-sejarah-air-zam-zam-dan-imam-masjidil-haram.html